Panduan Membeli dari Rakuten, Yahoo, Mercari (Bhg akhir)



Dalam posting sebelum ini, saya kongsikan cara-cara membeli secara terus di website Rakuten. Namun tidak semua seller di sana menyediakan penghantaran ke luar negara. Posting kali ini menjelaskan:

i) cara-cara membeli barang-barang dari seller yang terhad (dalam Jepun sahaja)

ii) cara-cara membeli barang dari beberapa seller dan penghantaran dalam satu parcel untuk menjimatkan kos (kos tertakluk kepada barang dan terma & syarat).

Terdapat dua cara, iaitu menggunakan Tenso dan Buyee. Sebenarnya, banyak ejen yang menawarkan perkhidmatan ini, beli, packing dan pos dari Jepun ke luar negara seperti Malaysia. Secara am, mereka mengenakan caj pembayaran (cth Paypal), caj cukai consumption, caj penghantaran ke warehouse ejen, packing (untuk produk lebih dari satu) dan caj penghantaran kepada pembeli. Ada juga ejen yang tidak mengenakan caj packing (untuk lebih 1 produk). Caj yang dikenakan berbeza-beza

Tenso

Tenso adalah pilihan terakhir saya sekiranya seller dari Rakuten tidak dapat delivery ke Malaysia atau membeli banyak produk dan mahu ia dihantar dalam satu parcel. Untuk menggunakan perkhidmatan ini, anda hanya perlu mendaftar dan anda akan diberikan nombor pengenalan, contoh dalam paparan TS 123456. Anda akan diberikan alamat di Jepun. Anda hanya perlu mengisi alamat di Jepun setiap kali memberli dari seller di Rakuten atau mana-mana shop online dibawah Tenso. Item anda akan diposkan ke Tenso warehouse dan dari sana mereka akan menguruskan packing dan penghantaran. Boleh rujuk website Tenso untuk melihat aliran serta caj yang dikenakan.

Sekiranya membeli lebih satu item, anda perlu menunggu sehingga semua sampai. Kemudian anda request untuk collective packing service, dan caj ditentukan berapa item. Jadi kos yang anda tanggung untuk dua item misalnya: caj Collective packing service + kos postage dari seller ke warehouse + kos postage dari warehouse ke rumah anda.

Tips, sila semak seller dan pembelian anda sebelum memutuskan penggunaan Tenso. Begitu juga collective packing service. Kadang-kadang saya lebih suka barang dihantar satu-satu kerana lebih murah. Jangan lupa, bila item dicampur dalam satu bungkusan, packing material pun bertambah besar dan berat, caj collective packing service pun bertambah mahal jika lebih 2 item dan bila dicampur, kadang-kadang agak tinggi berbanding single packing. Jika anda jenis yang berkira dan cerewet macam saya, sila ambil perhatian. Point saya, collective packing service tidak menjamin parcel anda murah.

Buyee

Ini adalah website yang paling banyak saya gunakan untuk membeli produk dari Rakuten. Saya juga gunakan ini untuk buat auction di Yahoo Japan dan beli item dari website lain seperti Mercari dan Yahoo. Sesetengah barang yang saya mahu tiada di Rakuten. Setakat ini Buyee aalah pilihan yang terbaik, senang digunakan selain menyediakan kupon percuma untuk perkhidmatan pembelian/auction percuma.

Contoh pembelian di Mercari menerui Buyee. Pembayaran boleh dibuat menggunakan Paypal dan kad kredit. Buyee juga menyediakan perkhidmatan collective packing service untuk item dari semua website. Harus diingat, item anda akan disimpan di warehouse selama sebulan. Sila baca di sini.

Untuk penghantaran atau kurier, anda boleh memilih menggunakan EMS, registered mail (bagi saya ini amat reliable dan kos pun berpatutan) Sila baca di sini.

Harus diingat, baca syarat dan terma sebelum membeli barangan dari Jepun. Sesetengah produk ada larangan dan had tersendiri. Sila rujuk website tersebut dan baca dengan teliti. Panduan yang saya kongsikan ini hanya memberi sedikit idea cara untuk membeli barangan dari Jepun. Harap ia membantu! Selamat membeli belah.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published.