Cara mohon Geran Khas RM1,500 di Sarawak Pay

Grafik kredit: gagodaily.com

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg semalam mengumumkan  Geran Khas berjumlah RM1,500 kepada penjaja dan peniaga kecil menerusi Sarawak Pay. Geran khas dibawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) layak untuk peniaga/penjaja kecil yang berdaftar di bawah Pihak Berkuasa Tempatan setakat 31 Mac 2020.

Jadi tunggu apa lagi, anda boleh memohon bantuan dengan mendaftar di aplikasi Sarawak Pay. Sangat mudah, hanya gunakan telefon pintar. Sila download Sarawak Pay App melalui Apple Store atau Google Play Store dan memohon secara dalam talian. Maklumat lanjut boleh didapati sini .

Saya kongsikan cara-cara daftar Sarawak Pay.

Muat turun dan daftar di aplikasi Sarawak Pay.

Klik pada New User Registration
Anda akan terima kod pengesahan dari Sarawak Pay melalui SMS. Kemudian klik ‘Merchant’.
Akan keluar paparan skrin ni, kemudian klik Merchant Account
Isikan borang pendaftaran. Sediakan dokumen – Mykad, lesen perniagaan, gambar premis perniagaan dan alamat emel yang sah.
Isikan nama bank, nombor akaun bank perniagaan dan nombor Mykad. Jangan lupa tandakan Term & Conditions. Sertakan gambar Mykad depan dan belakang dan gambar premis. Kemudian hantar.

Sila tunggu e-mel pengesahan dari pihak Sarawak Pay untuk status pendaftaran akaun perniagaan Sarawak Pay dalam tempoh tujuh hari bekerja. Anda akan terima emel daripada SarawakPay untuk pengesahan dan verifikasi akaun selanjutnya. Semoga perkongsian ini memberi manfaat.

Kepada peniaga/penjaja, boleh cuba mintak. Ney tahu ada rezeki kitak orang dapat, mun mencuba sekurang-kurangnya ada peluang. Mun sik mencuba nang sikda lah. Terima kasih. Pertanyaan lanjut boleh menghubungi Call Centre Helpline sidak 1-300-88-7246.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published.