Gym

Nak cerita pasal gym, saya mula main hujung Nov 2019. Saya ni kalau berat dah lebih 55kg, kena kurangkan sebab takut terlajak naik susah nak turun. Dengan ketinggian saya ni, berat yang paling ideal ialah antara 49 – 52kg.

Sehingga 25 Feb, berat saya dah turun dalam 2kg. Ini bukan gym atau diet semata-mata. Saya tidaklah diet betul, cuma hentikan pengambilan benda manis – coke (ni lama tak minum) air sirap memang saya tak minum, pearl tea (dulu selalu minum pasal tu naik berkilo), teh tarik. Nasi pun sekali dalam dua hari. Saya rasa ok kalau makan dalam jumlah yang sederhana.

Kalau di gym saya suka buat senaman squat (sekurang-kurangnya 5 kali seminggu x 100), angkat barbell, dumbbell, tarik cable, plank, sit ups..antaranya.

Ada rakan usik apa saya nak buat muscle pergi gym. Sebenarnya tidak, saya tak nak muscle yang berketul-ketul. Saya nak body fit dan tak nak paha bergesel. Satu kepuasan apabila tubuh dibasahi peluh. Juga dapat kurangkan stress. Ia membuat tidur nyenyak dan badan segar keesokan hari.

Saya harap anda luangkan masa untuk buat senaman, di rumah pun boleh atau dimana-mana ikut kesesuaian sendiri.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published.