Panduan membeli dari Rakuten (Bhg 1)

Sebagai seorang kaki shopping online, masalah bahasa bukan halangan. Tahukah anda, saya secara default akan faham bahasa Jepun, Korea dan apa sahaja bahasa jika perkara itu berkaitan shopping?

Selain Ebay dan Etsy, saya kerap membeli dari Gmarket (Korea) namun sejak menjadi quilter/penjahit patchwork, saya banyak membeli/membida dari Rakuten dan Buyee. Saya terangkan serba sedikit mengenai Rakuten dan Buyee.

Menurut Wiki, Rakuten adalah (楽天株式会社, Rakuten Kabushiki-gaisha) (Japanese pronunciation: [ɾakɯ. … Its B2B2C e-commerce platform Rakuten Ichiba is the largest e-commerce site in Japan and among the world’s largest by sales. The company operates Japan’s biggest Internet bank and number one credit card company by transaction value.

Untuk info, Rakuten adalah marketplace yang menawarkan pelbagai barangan. Setiap kedai adalah berbeza dan penghantaran tidak sama. Rakuten mempunyai website dalam bahasa Inggeris dan Jepun. Bezanya, lebih banyak pilihan kalau anda menggunakan website bahasa Jepun. Untuk shopping di sini, seperti biasa anda perlu daftar sebagai member. Ia adalah percuma.

Rakuten adalah pujaan hati saya dari dulu hingga sekarang. Kenapa? Rakuten menawarkan beribu-ribu barang dan anda boleh beli apa sahaja yang anda mahu dari Jepun. Sebagai pembeli kain tegar dan barangan kraft, Jepun adalah syurga kerana produk mereka berkualiti dan perkhidmatan delivery bertaraf kelas pertama. Sebanyak 90 peratus fabrik yang saya ada dibeli dari Jepun menerusi Rakuten. Sebahagian fabrik ini hanya dijual di sana.Mula-mula memang pening kerana semua huruf dalam bahasa Jepun. Namun sebenarnya shopping sekarang lagi mudah kerana pakcik Google akan tolong translate semua.

Ini adalah contoh salah satu kedai fabrik yang terdapat di Rakuten. Sebelum membeli, sila baca dengan teliti termasuk saiz kain, harga, kos penghantaran dan sebagainya. Tidak semua kedai di Rakuten menawarkan penghantaran ke luar negara, namun ada caranya untuk membeli. Pertama, tanya dengan pemilik kedai sama ada dia boleh hantar ke luar negara. Jika tidak, anda boleh menggunakan cara lain (ini akan saya terangkan pada bahagian seterusnya).

Sekiranya penghantaran tiada masalah, anda akan melihat total harga barang dengan kadar tukaran sekali. Pembayaran boleh dibuat melalui Paypal, Debit card dan kad kredit.

Selepas pembayaran selesai, anda akan terima email dari pengesahan dari kedai. Berapa lama terima item? Berdasarkan pengalaman saya, dalam masa 3 – 7 hari menggunakan EMS. Setakat ini saya sudah membeli beratus kali dari Rakuten dan setakat ini tiada masalah.

Anda juga boleh membeli dari beberapa seller, cuma barangan ini dihantar berasingan. Namun tahukah anda, anda boleh membeli dari beberapa seller, kumpul dahulu kemudian hantar dalam satu parcel? Saya akan kongsikan ini dalam bahagian yang seterusnya. Jika ada pertanyaan, sila komen di bawah, saya cuba terangkan lebih lanjut.

Jadi,tunggu apa lagi, bolehlah window shopping di Rakuten. Saya pasti anda akan teruja dan terjebak macam saya. Jumpa lagi

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published.