Cara tambah pendapatan melalui online

Bagi yang kenal saya secara dekat, bidang e-commerce ni antara topik yang paling saya minat. Saya boleh bercakap pasal benda ni dari pagi sampai malam. Kali ni saya nak kongsi serba-serbi info mengenai perniagaan online secara asas khusus untuk pembaca yang nak tambah pendapatan melalui online. Semoga perkongsian ini memberi inspirasi untuk kita menambah pendapatan.

  1. Jual barangan terpakai/vintage /pre loved

Periksa almari pakaian, drawer dan koleksi buku-buku anda. Saya percaya, tidak semuanya perlu disimpan. Pakaian, bila kali terakhir anda memakainya? Dulu, awal penglibatan saya dalam e-commerce, saya selalu membeli pakaian dan kasut melalui laman web seperti Asos, Ebay, NastyGal, GMarket Korea dan banyak lagi. Saya beli masa dia orang sales, black friday dan sesetengah website ini free shipping. Semak trend terlebih dahulu sebelum beli – pinterest, Instagram dan blogger terkemuka untuk tahu. Selalunya, bila dah beli saya akan pakai sekali dua, lepas tu jual balik. Asos Marketplace, Ebay antara tempat saya jual balik. Sebab tu kalau beli pakaian dan kasut, jangan buang tag/label dan kotak kerana kita tidak tahu mungkin mahu jual.

Selain itu, thrift shop juga merupakan lubuk duit bagi yang tahu menggunakan kesempatan itu. Pakaian vintage sentiasa ada pasaran dan peminatnya, bagi yang tahu. Gunakan sense dan mata anda sepenuhnya untuk mencari item yang boleh dijual.

Buku lama, novel, bahan kraft seperti benang, kain, buku pattern jahitan – semuanya ada permintaan di merata dunia. Sebab tu kena rajin tanya dengan pakcik Google. Kena buat research sikit mengenai item tu. Kalau buku pattern jahitan yang lama, mcm cross stitch misalnya, saya tahu ada orang cari.

Mana nak jual semua ni? Tiga platform yang saya pernah pakai ialah Asos Marketplace (pakaian, kasut, beg), Ebay (kena faham polisi dan T&C yang ada di Ebay), Etsy dan kita punya Carousell. Kena ingat Asos, Ebay dan Etsy pembayaran melalui Paypal, perlu ada akaun sah, dan setiap barangan yang dijual ada yuran.

2) Jual handmade – barangan jahitan

Ini kelebihan bagi anda yang mempunyai kemahiran berjahit. Boleh mula secara kecil-kecilan untuk anda belajar selok belok perniagaan online. Jahitan pun tak semestinya jahit pakaian, boleh mulakan dengan jahit benda yang simple seperti coin purse, dompet, beg, benda-benda yang simple dan senang jual. Benda ni tak susah dan memerlukan kos yang sangat minimum. Lepas tu boleh gunakaan media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter untuk promosikan. Saya selalu nasihatkan rakan-rakan terutama yang suri rumah untuk mahirkan diri sekurang-kurangnya dalam satu bidang, seperti berjahit. Kalau anda dah terlalu pandai, anda boleh tambah pendapatan dengan ajar dan jual pattern secara secara online.

Di mana nak jual? Etsy adalah platform yang amat sesuai khusus bagi anda yang baru nak jual handmade secara antarabangsa. Daftarkan perniagaan anda walaupun kecil. Belajar guna Paypal. Selain tu, jangan lupa pasaran tempatan kita juga.

Akhir sekali, gunakan kreativiti anda dan gunakan kesempitan/masalah di sekeliling sebagai peluang untuk meningkatkan pendapatan. All the best!

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published.