Hitam putih duniaku

Photo: Sudan Ajang/Tanahmas Hotel, Sibu.

 Hidup penuh dengan ujian yang kadang-kadang membuat saya tertanya sendiri apa guna dan matlamat hidup yang sebenarnya. Orang luar tidak kenal keperibadian saya, jadi tak payahlah membuang masa menilai dan menghakimi saya. Setiap orang dibesar dan dididik dengan cara yang berbeza. Pengalaman hidup pun berbeza. Saya biasa hidup bersendirian dan melakukan apa apa secara bersendirian. Prinsip saya, selagi tak kacau orang dan saya bayar bill. Noktah. Apa yang saya gambarkan dalam blog atau mana-mana media sosial, adalah sebahagian daripada diri saya yang sebenar. No drama.

Hampir dua dekad dalam industri media, saya tahu harga/kedudukan saya di mana. Ingin saya tegaskan, tidak semuanya berkaitan dengan wang ringgit atau nama. Banyak sudah dilalui ups and down, dicaci, dimaki, dipuji, semuanya saya terima. Tangisan dan penat lelah yang tiada siapa tahu. At the end of the day, hanya saya yang tahu, dan individu yang sentiasa menyokong perjalanan karier saya. Mesej yang saya hendak sampaikan, saya berhak mendapat layanan yang sepatutnya saya terima. Saya berhak menyingkirkan mana-mana individu tertentu yang cuba merendahkan ‘harga’ saya, kerana bagi saya tiada ruang untuk buli dan penindasan. Never.

Saya mahu menikmati hidup ini dengan penuh positif walaupun hampir mustahil dengan perangai manusia bermacam ragam. Melupakan masalah sekeliling buat seketika. Kadang-kadang saya fikir mahu menghilangkan diri dari Miri, trekking di pergunungan Blackforest atau kawasan hutan di Norway atau ke mana saja. Kali ini saya kongsikan self potrait sendiri, yang diambil hitam putih kerana itu yang paling tepat menggambarkan perasaan saya sekarang. Tunjukkan diri sendiri tanpa merasa sebarang halangan, just be yourself! Sending you my love! Take care

 

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published.