Boho Quilt

 

Lokasi: Coco Cabana Miri. 

Photo: Jude Toyat

Model : yours truly – Sudan Ajang

Hari tu sempat ambil gambar di Coco Cabana, walaupun dalam keadaan berjerebu, cuaca agak mendung dan angin pun sepoi-sepoi bahasa saja. Hempasan ombak pun biasa saja,tak cukup namun sekali sekala angin kuat bertiup agak menakutkan..takut quilt tu terbang melayang masuk laut. Gerun juga berjalan atas batu besar yang licin, awal lagi saya buka kasut. Kalau terjatuh sakit tu..lagi sakit kalau masuk laut. Kalau ada hero hunk terjun masuk laut macam dalam drama The most Beautiful Thing / Coisa Mais Linda  tak mengapa kan, boleh terjun laut dua tiga kali…Lol.

 

Ada beberapa mesej saya terima pasal quilt ni, tanya harga, tanya boleh beli, tanya boleh buat…Jawapan yang pasti dan sah ialah saya tak jual dan tak buat lagi macam ni. Cukup sekali. Sekarang ni saya hanya buat satu versi pattern yang sama tapi corak lain (quilting cotton lebihan projek quilt tempoh hari). Itu pun kawan sudah janji mahu beli. Selepas ini, saya mungkin berhenti buat quilting besar sebab nak fokus jahit benda lain. Ada beberapa sebab saya tak jual/buat tempahan quilting selepas mengambil kira beberapa aspek:

  1. Kain quilting mahal, saya tidak lagi membeli kain untuk orang lain, sebaliknya untuk kegunaan sendiri. Mungkin saya mempertimbangkan jika anda beli sendiri kain, saya hanya potong dan jahit. Kain quilting antara RM44 – RM55 semeter, kalau beli online lagi mahal sebab kos pos. Saiz besar macam ni perlukan kira-kira 7 -8 meter (quilt top dan backing). Kalau nak save, kain backing boleh pakai bed sheet saiz king/queen. bedsheet biasa dalam RM44 untuk satu set saiz queen. Quilt top 4-5 meter bergantung dengan pattern dan saiz ya.
  2. Batting (sponge) tengah mahal. Saiz ini memerlukan batting kira kira 180 cm x 250. Batting cotton/blend bamboo harga mencecah antara RM170 – RM250. Tak nak batting, boleh pakai flannel/fleece jadi macam summer quilt, lebih nipis dan ringan. Ini pakai two layer/3 layer tengah pakai fleece/flannel lagi senang dijahit berbanding yang batting, ambil masa dan perlukan skill. Sebab tu kedua-dua nya harga macam tanah dan langit. Workmanship.
  3. As fas as i concern, tidak ramai yang sanggup berbelanja untuk membeli quilt, tapi ramai yang mahukan quilt yang cantik, besar, selesa dan berkualiti tetapi hanya mahu membeli dengan harga murah, murah maksudnya dibawah kos material. Handmade quilt not for everyone. Yes. Sebab kosnya mahal. Ini tidak termasuk caj labor. Tolong consider benda ni semasa offer hendak beli atau tempah.
  4. Bayangkan si quilter tu anda sendiri. Sanggupkah? Kerja berminggu-minggu, berbulan-bulan tetapi hasil yang diterima tidak dapat cover balik kos material dan upah? Lebih baik saya menikmati kopi di cafe sambil buat kerja lain yang saya tahu dibayar upah lumayan. Tak perlu keluar modal sendiri beli material, sukat kain, potong dan jahit, iron, basting, binding dan banyak lagi. Tak perlu pening kepala fikirkan macam mana nak buat quilt yang mampu milik, murah namun hasilnya cantik dan kemas. Saya hargai rakan yang tak berkira, boleh pakai apa sahaja material dan tak kisah dengan harga. Untuk ini, saya sanggup buat.
  5. Ditekankan..saya buat quilt sebab minat dan ia adalah salah satu terapi minda saya. Ia memberi kepuasan yang tak terhingga kepada saya. Sebab tu saya tak kisah kalau orang tak beli. Kalau nak beli dan offer yang baik, saya akan pertimbangkan.
  6. Hari tu kawan cakap, semua orang faham buat quilt tak senang, tetapi tak semua orang mampu beli. Betul, tak semua mampu beli tapi tak semua orang faham bahawa buat quilt ini macam kemahiran lain. Perlukan latihan bertahun-tahun..banyak yang salah, tapi hari demi hari belajar lama-lama pandai. Maksud saya, sesiapa pun boleh jadi quilter kalau ada minat dan hendak belajar. Nasihat saya, daripada mengeluh dan komplen harga quilt mahal, belajarlah buat sendiri. Sebab dari sana anda dapat educate sendiri mengapa quilt itu mahal.

Sekian, terima kasih membaca bebelan saya ni!

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published.