Cuti yang berfaedah!

Saya berharap kalian dalam keadaan baik dan sejahtera walau di  mana sahaja berada. Peluang bercuti beberapa hari sejak minggu lepas saya gunakan sepenuhnya dengan menjahit. Saya juga meluangkan masa untuk memandu ke Bintulu dan menemani ayah saya menjalani rawatan Chemo di Hospital Bintulu, kemudian menghantar dia dan emak saya balik Niah.  Letih juga memandu pergi dan balik dari Miri – Bintulu, sehingga ayah mengingatkan tidak perlu bersusah payah. Tapi jika tidak sekarang, bila lagi hendak membalas jasa orang tua?

Terima kasih juga kepada rakan – ex classmate masa Form 6 yang sanggup menemankan saya ke Bintulu, walaupun masa perjalanan diubah lebih awal saat-saat akhir. Sanggup meluangkan masa dan ‘mengorbankan’ acara penting yang lain untuk menemani saya. You’re the best.

Memandangkan cuti agak lama, saya membawa suami mengecat bilik tidur, tukar katil, tukar langsir, Saya juga buat pertama kali menjahit  langsir sendiri. Selain itu, jahit bantal. Kali ini saya menggunakan koleksi kain cotton linen Rifle Paper Co dari koleksi English Garden. Saya bercadang untuk membuat lebih banyak bantal untuk keluarga selain hiasan. Oh, saya juga memasak untuk parti anak saya yang Tahun 1. Chicken boxing, dengan pertolongan si suami sudah tentu!

 

 

 

 

Caption: 1-3) Bantal menggunakan fabrik Rifle Paper Co

4) Makan di The Springs Bintulu

5) Chicken boxing

Terima kasih membaca ya!

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published.