French Macaron Quilt

 

French Macaron Quilt – modernhandcraft

Saya terjumpa gambar quilt macaroon semasa sedang melihat gambar-gambar quilt di Instagram. Secara jujur, jika tidak memasak, tidur, kerja atau menjahit, saya menghabiskan banyak masa dengan melihat IG. Banyak inspirasi dan idea saya temui di komuniti IG, secara tepat quilters community. Pattern macaron ni tak susah memikat hati, warna-warni ceria walaupun saya bukanlah penggemar macaroon (terlalu manis bagi saya), tapi saya rasa terpanggil untuk membuatnya. Lagipun, pattern ni hanya memerlukan kain solid, sebahagiannya saya guna kain yang sedia ada dalam almari. Manakala kain background putih tu saya guna cadar katil cotton. Batting saya guna polyester beli di Daiso (75cmx80cm) sekeping (RM5.90/1 pek) kalau tak silap. Batting tu saya jahit sambung jadi satu  keping batting yang cukup lebar untuk quilt top macaron (rujuk gambar atas). Untuk pattern ni saya guna 6 pek batting kos dalam RM36. Ini adalah kali pertama saya guna batting Daiso untuk quilt saiz besar, komen saya; quilt nipis, ringan dan cantik. Sesuai untuk cuaca panas yang tak perlukan quilt tebal dan berat. Saya quilt lurus sahaja jarak 0.5 inci. Sekarang ni sedang tunggu binding sahaja.

Semasa saya menulis post ini, saya sebenarnya sedang menunggu kain sampai dari Australia, menyesal juga lupa tanya seller sebab parcel takda tracking. Dah tiga minggu tunggu. Selepas ni mungkin nak buat zaiz baby sahaja dan belajar hand quilting. Jumpa lagi 😊

 

 

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published.