Bohemian Quilt

 

 

 

*Terkini

Projek ini mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk siap, gara-gara kain sebulan lebih delay dan tiada tracking. Untuk quilt ni saya guna batting Pellon bamboo + cotton, sejuk dan selesa. Manakala untuk quilt saya jahit lurus selang antara 1-3 inci. Ii ni adalah quilt paling saya sayangi selepas quilt Tilda. Bari J juga merupakan antara fabrik designer yang paling saya gemari.

Selamat bertemu kembali. Lama tak update post di sini, kerana saya sibuk dengan kerja dan jahitan. Nak kata sibuk sangat taklah, tapi saya tak berhenti buat projek jahitan. Kali ini, saya buat Anthologie quilt dari Bari J sew along. Boleh google projek quilt ni, free pattern dan banyak gambar quilt yang dah siap. Pattern ni sesuai untuk yang baru belajar buat patchwork kerana dia ajar basic dan siap ada video. Paling saya suka, setiap blok pattern tak sama dan memerlukan cara potong kain yang berlainan. Sebahagian blok ini saya gunakan lebih kain Emmy Grace dari dua projek yang selimut  . Buat masa ni, saya masih menunggu  kain yang  sampai sebelum buat blok yang lain. Bagi saya quilting ni hobi yang menyeronokkan, paling best bila dah siap nanti. Setakat ni saya dah hasilkan kira-kira 15 selimut. Kepada yang nak berjahit tu, mula lah sekarang, jangan simpan lama niat tu.

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published.