Krayan 2019

Hello pembaca semua,

Saya berharap anda semua dalam keadaan baik-baik. Sejak Februari lalu saya sibuk dengan tugasan, menyiapkan artikel Heart of Borneo Highlands Eco-Challenge III Media Fam Trip ke Ba Kelalan dan Krayan, Kalimantan Utara. Trip ini dianjurkan oleh WWF Malaysia dengan kerjasama Formadat Malaysia/Indonesia. Terima kasih ya! Ini merupakan trip kedua ke Krayan, kali pertama pada 2009. Tiada apa yang paling menggembirakan saya kerana dapat berjumpa dengan teman lama di Krayan, Pak Marli Kamis, Gat Khaleb, Pak Ellias, Pak Lewi dan keluarga. Saya tak pernah sangka akan jumpa mereka semula, sangat-sangat bersyukur. Saya dah anggap mereka ni macam family. Saya cuba yang terbaik untuk menyampaikan pengalaman di sana dalam artikel ini, kerana kekangan masa yang tak mengizinkan. Terima kasih kepada semua pihak terutama di Krayan yang meluangkan masa untuk ditemubual, walaupun hanya beberapa minit. Kami mengejar masa untuk pulang ke Ba Kelalan 🙂 Saya akan kongsikan di sini lagi satu artikel Krayan bila dah siap. Terima kasih kerana membaca!

 

Kesemua artikel ini disiarkan di Utusan Borneo, link beserta alih bahasa (boleh ditranslate) kalau tak faham bahasa Melayu.

  1. https://www.utusanborneo.com.my/2019/02/20/mendekati-kehidupan-penduduk-di-krayan
  2. https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-borneo-sarawak/20190221/281479277691636
  3. https://www.utusanborneo.com.my/2019/03/08/ekopelancongan-harapan-penduduk-di-krayan
  4. https://www.utusanborneo.com.my/2019/02/22/garam-gunung-krayan-cecah-rm18-sekilo-di-malaysia

 

 

 

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published.