Hello Februari

 

Dalam banyak bulan, Februari adalah bulan paling disukai. Bukan kerana Valentine disambut pada Februari, tetapi kerana jumlah harinya lebih pendek (awal terima gaji), selalunya Tahun Baharu Cina bulan Februari (dapat ang pau) dan saya lebih bersedia memulakan tahun baru. Itu sahaja.

Ok, memandangkan saya dah sebut Valentine, saya nak kongsi sedikit pendirian saya. Valentine ni adalah hak masing-masing nak sambut, saya banyak tengok komen orang kat Facebook yang kata bahawa kasih sayang tak sepatutnya diraikan masa Valentine, sepatutnya hari-hari sepanjang tahun. Betul. Tetapi kalau nak tunjukkan sesuatu yang special untuk pasangan masa valentine pun tak salah, bukan bermakna hari-hari lain tak sayang. Bottom line, sambutlah dan tunjukkan kasih sayang tu bila bila masa sahaja mengikut kesukaan masing-masing. Janganlah kutuk orang yang nak special sikit masa Valentine, dan kata-kata as if dia tak berkasih sayang hari yang lain. Kalau pun pasangan dia beli bunga masa tu, itu hak dia tak payah kata dia menunjuk-nunjuk pula. Setiap orang ada cara tersendiri. Janganlah melabelkan cara orang lain salah hanya kerana tak sama dengan cara awak.

Cara saya. Saya ni bukanlah jenis orang yang romantik sangat dan demanding. Kan saya dah cakap, saya ni jenis yang sangat simple tapi bukan cincai ya. Saya, kalau orang bagi, saya ambil. Kalau tak ada, tak apa. Saya menilai hidup saya dari pelbagai perspektif. Bukan material semata-mata. Saya amat menghargai waktu yang ada untuk berehat, melakukan hobi yang saya suka, disediakan sarapan, lunch atau dinner di atas meja. Atau sentiasa ada susu untuk saya menikmati kopi…ha ha ha. Saya menghargai benda-benda kecil yang nampak remeh tetapi penting sebenarnya, sekurang-kurangnya bagi saya.

Saya sebenarnya amat suka bunga. Bunga ros. Hari tu saya buat embroidery bunga, suka sangat dengan hasilnya dan saya bercadang untuk simpan dalam frame jadi hiasan. Minggu ni saya nak buat lagi projek embroidery, kali ini untuk hiasan quilting saya. Ini merupakan satu lagi langkah ke hadapan dalam hobi ni, doakan saya moga berjaya ya. Terima kasih!

 

 

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published.