Berapakah harga selimut quilts?

 

Beberapa tahun lalu, sebelum menjahit patchwork dan quilts, saya tidak percaya dengan harga handmade quilts yang boleh mencecah ribuan ringgit. Berdasarkan cerita kawan, patchwork yang tidak di batting dan di quilting mencecah RM800 satu. Bayangkan quilt yang ada batting dan di quilting.

Tujuan saya menulis berkenaan harga quilting ini ialah, pertama untuk memberi idea kepada mereka yang mahu membeli atau menjual selimut quilt (yang ada batting dan jahit atas macam gambar di atas tu). Saya juga berpendirian tidak mahu menjual quilts kerana saya tahu harga yang ditawarkan tidak berbaloi dengan usaha, masa dan kos material. Ringkasnya, ramai orang mahu barang cantik, material berkualiti, saiz besar, handmade namun tidak ramai mahu membayar apa harga yang sepatutnya. Selalu terjadi. Macam insult kita punya effort dan skill yang dilatih bertahun-tahun. Sebab itu, saya tidak jual dan hanya buat quilts untuk keluarga dan anak buah.

Berapakah harga handmade quilts?

Untuk menjawab soalan di atas tu, kita perlu melihat beberapa perkara:

  1. Kos fabrik

Jumlah kain atau fabrik yang digunakan bergantung dengan saiz. Contohnya saiz baby, memerlukan kira-kira 1.5m hingga 2meter. Ini anggaran sahaja bergantung dengan pattern atau blok. Di Miri, kain cotton USA atau Japanese cotton, harganya mencecah antara RM25 hingga RM70 semeter, bergantung dengan kedai. Paling murah, yang selalu saya guna ialah japanese cotton RM25 semeter. Masalahnya, yang harga begini tidak banyak pilihan corak di Miri. yang banyak pilihan semua berharga RM45 semeter ke atas. Kalau beli online, kosnya antara RM55 per yard atau RM60 semeter. Tidak termasuk pos dan cukai (jika dari luar negara). Jangan lupa, fabric untuk binding dan backing belakang quilt. Quilting memerlukan banyak kain, dalam berbeza warna dan pattern kalau dapat. Memang ada kain berharga RM4 – RM7 semeter. Namun bagi saya, quilts mengambil masa yang lama selain skill. Mahukah anda menghabiskan masa berjam-jam, berminggu-minggu menjahit quilts yang hanya tahan beberapa bulan lepas tu terkoyak dan berbulu selepas dicuci beberapa kali? Bagi saya, gunalah material yang berkualiti agar usaha tadi tidak sia-sia begitu sahaja. Lagipun, siapa yang mahu quilts menggunakan kain macam plastik, panas, kabur warna dan mudah koyak?

2) Lepas beli kain, adakah anda mencuci lepas tu menseterika? Ini memerlukan air dan elektrik. Kos yang perlu dipertimbangkan.

3) Batting dan benang

Kawan saya menyebut, takda batting pun tak apa. Selimut boleh tahan berpuluh tahun, tak semestinya pakai barang berkualiti dan mahal. Betul. Tak semesetinya pakai batting dan beli material yang mahal. Janji jadi. Itu cita rasa masing-masing, saya tak nak komen.  Saya kongsikan supaya anda tahu. Cotton batting harga di Miri RM120 semeter (1 meter x 90 inci). Beli di online murah sikit, tapi kena bayar pos. Batting polyester murah sikit, RM55-60 semeter, yang tak best batting poly panas. Kalau untuk jahit wall hanging, boleh. Tapi untuk selimut atau alas katil guna batting cotton. Batting cotton ni pun banyak jenis, ada jenis yang tebal ada yang nipis, ada yang polyester + cotton. Saya guna yang  cotton blend (80% cotton) kerana itu saja yang ada di Miri.

Lepas tu benang. Benang untuk jahit kain/blok (piecing) dan benang untuk quilting (jahit atas). Penilaian ini berdasarkan quilts yang dijahit menggunakan mesin jahit. Memang banyak benang murah di pasaran, namun beberapa perka perlu diambil kira. Berdasarkan pengalaman saya, benang yang terlalu murah biasanya mudah putus (saya menggunakan mesin jahit Bernina), benangnya tidak kemas dan mengotorkan mesin kerana banyak serpihan (lint). Benang yang mahal dan khusus untuk quilting seperti Sulky (saya guna Sulky) tahan dan tidak mengotorkan mesin. Harga untuk benang ni bermula RM30 ke atas bergantung dengan berapa meter. untuk piecing saya gunakan benang Coat

4) Berapa lama masa diambil untuk membuat quilt?

Fikirkan masa mencuci, menseterika kain, menyukat dan memotong kain. Lepas tu piecing. Berapakah anda sanggup dibayar satu jam, dua jam, tiga jam untuk menjahit quilts? Ada sesetengah quilts memerlukan kemahiran seperti applique. Contohnya quilt di atas tu. Bagaimana pula dengan kemahiran yang anda pelajari bertahun-tahun? Bukan percuma kan? Kemahiran dan masa berjam-jam malah berbulan-bulan untuk menyiapkan satu quilt. Quilt biru di atas tu misalnya, mengambil masa 3 bulan lebih untuk siap. Memerlukan semangat dedikasi dan komitmen yang tinggi.

Contoh kiraan Matematik anggaran kos quilt, katakan saiz quilt yang biru di atas tu, Cabbage Rose Quilt

Fabrik:

Backing dengan binding = 5 meter, RM25 x 5 = RM125 (kain beli di Miri)

Fusible web untuk applique bunga = RM45

Kain cotton putih = 3 meter, RM40x3 = RM120

Kain Tilda = 4 meter, RM69x4= RM276

Batting = 1.8m = RM135

Benang = RM50

Jadi total kos dianggarkan RM751. Ini baru kos material. Belum lagi upah potong kain, applique (buat bunga), jahit dan quilting. Buat pengetahuan, quiting sahaja, jahit atas tu service caj di sini boleh mencecah RM800. Itu buat jahit quilting, tidak termasuk material dan jahit yang lain. Jadi, macam mana ada rakan saya offer harga quilt ni dengan harga RM300?!

Jadi berapakah harga quilt? Ada yang menjangkakan quilts biru di atas tu dijual dengan harga RM500. Namun, rakan saya yang sudah bertahun-tahun menjahit dan  quilter meletakkan harga RM4,500.

Ha ha ha ha. Tiada siapa yang mahu membeli quilt ini dengan harga RM4,500, waima RM500 pun mungkin mereka berfikir beribu kali. Ada kawan saya offer RM300 kerana dia pernah melihat quilt yang sama di shopping mall (bukan handmade), cantik dan dijual dengan harga RM300. Nasihat saya dengan orang tu, belilah di shopping mall. Quilt saya tidak dijual.  Tolong, janganlah offer dengan harga yang terlalu rendah. Saya tidak terdesak untuk jual quilt, kerana saya ada pekerjaan tetap. Saya berjahit pun kerana minat dan suka fabrik. Kesimpulan, handmade quilt tidak murah. Bagi yang menjual quilt dengan harga sekadar pulang kos, anda merugikan diri sendiri, merendahkan kemahiran dan kebolehan anda. Anda berhak dibayar mengikut kemahiran yang dipelajari bertahun-tahun. Saya tidak kisah ada orang lain menjual quilts murah cukup dengan meletakkan harga sekadar pulang kos, namun fikirkan sendiri, berapa lama anda bertahan?

Sebagai quilters, kita harus educate pembeli atau sekurang-kurangnya galakkan mereka menjahit sendiri quilt. Dari situ mereka akan tahu, handmade quilts bukan murah!

 

 

You may also like

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.