Winter in My Heart

 

It feels good to be home, even if I liberally use that word to describe a few different countries/places. Home is where the heart is, and my heart has left pieces in a few places over the years. Paris, London, Ba Kelalan, Krayan Kalimantan, Miri, Batu Niah and list goes on.

Mengambil masa setahun untuk saya kongsikan perjalanan ke Holland, lama sangat namun saya tahu masanya akan sampai untuk kongsikan di sini. Kedatangan ke sini atas urusan kerja, agak tertekan kerana masa yang amat terhad sedangkan banyak tempat mahu dilawati.

Satu hari, apa yang dapat dilakukan dalam keadaan suhu yang terlalu sejuk? Keletihan perjalanan dari Dubai, London, Paris, Brussel menggunakan kapal terbang, bas, train dan kapal merentasi English Channel masih terasa.

Saya sempat ke Volendam fishing village. Cuaca sejuk, kena lagi angin ribut dari laut. Mungkin kerana perubahan suhu yang terlampau sejuk, hidung saya tak berhenti-henti berair, kulit tepi kuku kekeringan sehingga terluka. Tolonglah bawa handyplast kalau traveling ya. Mujurlah cashier tempat saya membayar makanan ternampak luka tu dan terus offer tolong balutkan dengan handyplast. Saya dan kawan-kawan lain tidak lama di sana kerana cuaca buruk. Kami pulang ke pusat bandar.

Dari sana, saya dan tiga lagi rakan mengambil train ke perkampungan kincir angin di Zaanse Schans. Perkampungan ini terletak di tepi sungai  Zaan. Walaupun letih, namun saya tetap bersemangat pergi kerana itulah peluang yang saya tidak mahu sia-siakan. Benar-benar berbaloi meskipun kami terpaksa meredah salji. Menariknya, kawan saya siap bawa pakaian tradisi Orang Ulu, dan saya tumpang memakai pakaian tersebut untuk sesi bergambar. Pengalaman yang sungguh berharga. Selesai pengambaran, kami memanaskan badan dengan meminum susu segar di cafe. Saya sempat bermain dengan mesin jahit di sudut cafe itu. LOL. Jika ada peluang lebih lama di situ, sudah tentu lagi seronok. Dari sana kami ke Red Light District dan menyusuri canal sambil shopping. Kami kemudian menikmati makan malam di restoran masakan Istanbul. Agaknya lebih best kalau cuaca tak hujan dan jalan tak basah kerana salji.  Tapi saya berpuas hati kerana walaupun letih seharian berjalan dalam tempoh 10 hari ia adalah pengalaman yang cukup menarik. Jika ada rezeki, saya ingin kembali lagi pada musim bunga. Terima kasih membaca, semoga enjoy ya!

 

 

 

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published.