Damai di Ba Kelalan

 

 

 

 

Bagi saya, kemewahan sebenar ialah menghidup udara segar, melihat kabus di puncak gunung, menikmati waktu sendirian tanpa perlu bimbang dengan apa yang berlaku di media sosial. Sekali-sekala pergi ke luar bandar seperti Ba Kelalan memang seronok. Suhu yang  sejuk terutama pada waktu malam, udara segar dan pemandangan sawah yang cantik banyak membuat saya berfikir mengenai tujuan hidup….sejak akhir-akhir ini. Kadang-kadang ada baiknya kita pergi ke tempat orang lain, untuk menemukan siapa diri sendiri. Saya hanya mahu hidup yang simple. Saya lebih menghargai udara segar, suasana sunyi dan alam semula jadi, sekali sekala tiada internet pun ok. Ada masanya kita perlu meluangkan masa dari kesibukan, dan tanya dengan diri sendiri..apa yang kau mahu dalam hidup?

 

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published.