Kembara Ba Kelalan – Long Langai

Saya mahu memulakan tahun 2019 dengan satu azam, menulis lebih banyak. Saya tidak merancang untuk travel/outstation pada tahun ini, namun pelawaan ke Ba Kelalan, adalah satu perkara yang terlalu mustahil untuk ditolak. Ba Kelalan, antara kawasan luar bandar yang saya kerap lawati pada awal karier saya sebagai wartawan, sejak 2001. Ba Kelalan mempunyai tempat istimewa dihati saya, dari dulu hingga sekarang. Kali ini kunjungan saya ke sana untuk membuat liputan menuai padi Adan yang ditanam menggunakan SRI. Boleh baca di sini.

Kali ini saya ke Ba Kelalan menerusi Lawas. Dari Miri, menggunakan Maswings ke Lawas, dari Lawas ke Ba Kelalan menggunakan jalan darat yang mengambil masa kira-kira 5 jam.

Walaupun lawatan kerja dan bersusah payah hantar news (kerana line internet yang tidak bagus), namun saya tetap gembira bertemu dan berkenalan dengan penduduk kampung di Long Langai. Long Langai merupakan kampung kedua terbesar di Ba Kelalan. Saya bersama rakan media yang lain tinggal di Sakai Dawat Homestay. Keluarganya peramah dan baik hati. Terima kasih kepada keluarga Sakai yang melayan kami dengan baik dan Harrison Thadem yang banyak membantu saya menyelesaikan tugasan.

Saya akan kongsikan lebih banyak gambar pada post akan datang.

 

 

Caption:

Gambar 1: Menuai padi Adan di sawah milik Harrison Thadem (tengah) di Long Langai, Ba Kelalan

Gambar 2: Pemandangan sawah padi Adan yang terbentang luas.

Gambar 3: Rumah penginapan Sakai Dawat Homestay

Gambar 4: Aktiviti menyanyikan lagu kerohanian bersama keluarga Sakai.

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published.