Thank you, next.

Hello my love! Saya berharap awak yang baca blog ni dalam keadaan baik dan ceria. Semoga mood tahun baru 2019 dapat memberikan impak positif untuk merancang dan melaksanakan apa yang patut. Bagi saya, setiap tahun baru, terutama minggu pertama Januari memang sibuk uruskan anak-anak sekolah. Kalau anak-anak yang dah remaja, kira ok sebab tak payah pimpin tangan, tak payah pujuk dan hari-hari kena fikir diplomasi. Minggu ni, agak stress sebab anak yang bongsu tu masuk Tahun 1, dia masih tak dapat move on kelas tadika. Kena pujuk dan jelaskan kenapa mesti sekolah.

Apa pun, 2019 merupakan satu lagi fasa dalam hidup saya sebagai seorang ibu, wanita bekerja, isteri dan diri saya. Walaupun apa yang berlaku pada 2018, saya anggap ia satu pencapaian/kejayaan.

Sejak kebelakangan ini, saya tak nafikan sukar untuk menggelak dari berasa  terkilan. Setiap keputusan tetap ada kesannya. Kini saya sudah menerima kesannya. Hakikatnya, tiada siapa yang boleh mengawal hidup awak dan menentukan apa yang patut dilakukan sepanjang masa. Apa jua keputusan sepatutnya diterima dengan hati terbuka, tanpa prejudis.

Dari sudut positif, saya tak akan biarkan perkara seumpama ini merosakkan mood saya. Saya janji kandungan blog ini pada masa hadapan akan lebih menarik.

Beberapa hari lalu, saya meluangkan masa mengemas bilik jahit, banyak buku pattern embroideri lama saya kumpul, sebahagiannya saya jual. Boleh lihat di sini Tampung Seribu

Buku ni sesuai untuk anda yang hendak belajar basic embroideri/cross stitch. Saya kongsikan di sini sebahagian buku tu:

 

 

 

 

Walaupun kebanyakkan buku ni dalam bahasa Jepun (kecuali Basic Embroidery dalam bahasa Inggeris), namun pattern senang difahami. Saya minat embroideri, tapi saya tak ada masa terlalu banyak hobi 🙂 Kalau ada yang berminat atau cari buku pattern lain, boleh hubungi saya ya! Terima kasih 😊

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published.