Bye 2018, Hello 2019

Tinggal beberapa jam lagi, kita akan mengucapkan selamat tinggal untuk 2018. Alangkah  bagusnya, jika dapat saya luahkan semua kata-kata bicara dalam kepala saya di sini, namun saya seolah-olah kehilangan pedoman setiap kali on laptop. Banyak betul perkara yang ingin saya ceritakan, namun sebaik sahaja buka laptop, semua hilang.

Banyak perkara yang saya syukuri sepanjang 2018. Pertama, kesihatan diri, walaupun saya cenderung stress dan murung memikirkan masalah yang kadang-kala tidak wujud. Kedua, keluarga. Saya sering merasakan saya bukan parent yang sempurna, namun saya sentiasa buat yang terbaik dan usaha lebih untuk kebaikan . Ya, semua mahukan yang terbaik kan..sekurang-kurangnya. Saya bersyukur kerana mempunyai keluarga yang supportive, terutama emak dan bapa saya. Saya tidak tahu bagaimana hidup saya tanpa mereka. Ketiga, sahabat. Ya, sahabat datang dan pergi yang baik akan berada di sisi selama-lamanya.

Saya boleh katakan 2018 membawa perubahan yang bagi saya satu pencapaian hebat. Pertama, saya berjaya menyelesaikan hutang kad kredit, pinjaman wang dan membatalkan langganan Astro. Sekurang-kurangya saya berkelakuan baik dan berbelanja dengan berhemah untuk bebas hutang. Kepada anda yang struggle langsaikan hutang tu, keep going on. Jangan hilang fokus walaupun masa tu mungkin mengambil lapan bulan. Fokus.

Sepanjang 2018 ini, saya juga sedar hidup ini bukan untuk menggembirakan semua pihak. It’s okay if you don’t like me, I love me. Sentimen ini akan menjadi pegangan hidup saya seterusnya pada 2019.

Untuk 2019, saya berharapkan mood yang lebih ceria, kreativiti terus meningkat, lebih banyak tindakan daripada berfikir dan luangkan banyak masa dengan keluarga terutama anak-anak. Itu keutamaan.

Saya berharap, 2019 membawa lebih banyak keceriaan, kebahagian dan keyakinan kepada anda semua. Sekiranya ada resolusi sebelum ini tidak tercapai, atau ada sesuatu yang ingin anda lakukan sejak dari dulu (yang baik-baiklah) lakukan pada 2019. Jangan tunggu lagi. Kalau kita mencuba, peluang untuk berjaya ada. Kalau tak mencuba, peluang berjaya memang tiada. Simple.

Selamat Tahun Baru, Happy New Year!

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published.