Hijau

Saya berani katakan, berjuta-juta perkara dalam fikiran masa ini, namun sangat sukar meluahkan dengan kata-kata di sini. Saya cuba untuk tidak memikirkan perkara yang tidak sepatutnya dan masalah yang tidak wujud. Tidak mudah. Betapa baik kalau ada seseorang yang mendengar luahan, tanpa menghakimi dan menghukumi, tanpa prejudis. Saya mencuba, namun rasanya tiada. Mungkin mereka terlalu sibuk dengan masalah dan hal sendiri. Jadi lebih baik berdiam diri, tumpukan kerja dan hal-hal penting. Mungkin ini alasan saya lebih suka menghabiskan masa berjahit. Saya berjanji, blog ini bukan semata-mata berkaitan jahitan kerana pada asalnya saya membuka semula blog ini untuk mendekatkan diri dengan orang yang saya sayangi. Jangan bimbang, blog ini bukan juga untuk jiwang-jiwang semata, namun sekali sekala saya mahu dia tahu, hakikatnya saya masih ambil berat dan selama-lamanya akan peduli. Perasaan dan hati adalah soal yang paling rumit. Saya memikirkannya bertahun-tahun, melupakan namun hakikatnya perasaan itu tidak pernah pergi. Meruan. Sehingga ke akhir hayat.

Dari sudut positif, saya percaya setiap yang berlaku ada alasan sendiri. Dalam perasaan yang bergejolak dan tidak menentu, saya mencari kekuatan dalam diri sendiri. Kadang kala saya mempersoalkan kewarasan saya sendiri, mengapa masih menyayangi sesuatu yang sudah lama pergi?

Ok, biarlah saya tukar topik. Baru-baru ni saya berkesempatan interview seorang penanam orkid, untuk bahan rencana. Di pendekkan cerita, lepas interview saya sempat melihat koleksi bunga succulent yang dijual. Beliau memberikan saya berapa anak pokok untuk ditanam. Favorite saya sudah tentu pearl string (gambar atas).

Tanaman ni banyak membantu saya mengurangkan stress dan terlalu banyak berfikir. Apakah tanaman kegemaran anda?

 

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published.