Tilda Cabbage Rose Quilt

 

 

 

Hello pembaca semua! Saya tak tahu berapa kali percubaan update blog ni, tapi tak kesampaian. Ya, salahkan gambar takda dalam laptop, salahkan Netflix kerana menghilangkan fokus dan benda benda lain..ha ha. Kali ni saya nak share selimut Cabbage Rose Tilda,  maaf ya sebab gambar ni semua pakai handphone jadi tak berapa terang. Sebenarnya selimut ni jauh lebih cantik dari gambar :). Projek selimut ni  bermula pada Februari 2018, namun saya terpaksa tangguhkan projek ni sebab sibuk dengan kerja dan pilihan raya umum. Habis pilihan raya bulan Mei, saya tak ada inspirasi buat, walaupun kain dah dipotong tinggal jahit. Bulan Ogos, baru ada semangat nak sambung sebab sayang kain dah potong. Satu yang membinggungkan saya ialah, macam mana nak quilt selimut sebesar ni, sebab saya tak pernah jahit sebesar ni. Lagi pun mesin Bernina saya tu kecik jer. Kalau sekadar jahit stitch in the ditch ok, tapi quilt? Oleh kerana semangat nak siapkan selimut ni kuat, saya cari cara lain. Secara jujur, saya bukan jenis yang ikut pattern dan arahan kerana saya cenderung menukar dan mengubah apa yang ada mengikut apa yang ada dan sesuai dengan keupayaan saya. Jadi, saya gunakan teknik Quilt As You Go (QAYG) untuk siapkan selimut, atau jahit blok demi blok. Untuk bunga bunga tu, saya gunakan fusible web Steam a Seam 2 kemudian jahit tepi untuk secure motif tu. Saya ambil masa kira-kira dua bulan siap termasuk binding 🙂

 

Memandangkan ini pertama kali saya buat QAYG, saya berpendapat teknik ini sesuai untuk mereka yang takda mesin besar tapi berangan-angan mahu buat selimut saiz besar. Oh ya, saya jahit stitch in the ditch backing selepas semua blok disambung. Anda boleh lihat banyak video mengenai teknik ini di Youtube. Rakan saya memberitahu, yang tidak menarik mengenai teknik ini ialah, backing tak berapa cantik. Tapi kan..siapa peduli? Saya buat selimut ini untuk kegunaan diri sendiri, bukan untuk dipamerkan :). Kesimpulan, quilting adalah satu proses belajar. Jangan takut mencuba teknik baru.

Saya berhenti di sini dulu ya, nak sambung Netflix. Jumpa lagi.

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published.