Selimut Quilt Emmy Grace

 

 

 

susun layout begini dan ubah kedudukan sehingga anda berpuas hati.

Batting ditengah

 

Jahit border kain merah. Jahit semua blok, kemudian ukur lagi, asingkan sekiranya ada square yang besar atau kecil. Tetapkan satu saiz semua blok dan samakan ukuran. Contohnya, 12.5″, pastikan semua sama ukuran.

sudah siap dipotong dan disusun untuk dijahit.

Koleksi Fat Quarter Emmy Grace

Sebenarnya pattern selimut ini bukan dalam perancangan asal, kerana saya sudah ada pattern lain iaitu half square triangle (HST). Saya tertarik dengan pattern itu (saya akan kongsikan nanti) tambah lagi fabrik yang begitu cantik. Pattern tersebut menggunakan koleksi Emmy Grace dari designer Bari J. Oleh kerana koleksi itu dari 2014, agar sukar menemukan ia dijual secara bundle. Mujurlah saya berjumpa dengan satu website kebetulan kain tu sedang diskaun besar-besaran, jadi saya beli  kesemua  koleksi kain (21 helai fat quarter 18″x21″ setiap satu). Saya menunggu hampir 2 minggu kain tu dari USA.

Tanpa diduga, saya terjumpa satu lagi pattern menggunakan koleksi kain yang sama. Selepas melakukan kira-kira, sukat kedua-dua pattern, saya mendapati ia mencukupi untuk dua pattern. Jadi saya dulukan pattern last minute (cabin log/square) dan pattern HST ditangguhkan 🙂

Untuk quilt ni, saya gunakan pattern daripada Maureen,   cuma saiz border saya besarkan sedikit mengikut kesesuaian kain yang ada. Saya gunakan pembaris Olfa 12.5″, rotary cutter Olfa (mesti tajam dan gantikan dengan blade yang baru) untuk potongan kemas dan tepat. Untuk piecing (jahit kain) saya gunakan benang Coat/benang cotton manakala untuk jahit quilting/atas saya guna Sulky. Tips, gunakan benang yang tahan dan tidak mudah putus. Batting atau sponge saya gunakan Pellon. Jahit atas saya gunakan scallop motif #83 Bernina, saya besarkan jarak.

Saya juga gunakan presser foot 1/4 khas untuk seam allowance, bahagian ni wajib tepat kerana jika tidak mengikut garisan  ia akan menjejaskan quilt anda nanti.

Terima kasih membaca ya, sila follow saya di Tampung Seribu Miri.

 

 

 

 

 

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published.