Thought on My Birthday

 

Saya banyak belajar pengalaman baru sejak setahun dua ini,  dengan cara yang menyedihkan dan bukan mengikut perancangan. Jika anda mengikuti saya di Facebook atau Instagram, amat jarang atau mungkin tiada saya berkongsi emosi. Hakikatnya saya lebih suka berdiam dan membiarkan perkara yang negatif berlalu sendiri. Dengan peningkatan usia awal empat siri, saya sudah menerima situasi yang berlaku. Saya melihat setiap yang berlaku ada hikmah dan setiap masalah adalah peluang untuk membaiki diri sendiri.

Dalam usia begini, saya mahu menikmati hidup dengan lebih berfaedah dan baik untuk kesihatan mental saya. Tidak mahu terikat dengan sesiapa yang tidak menghargai. Tidak mahu terus menyalahkan diri sendiri dengan keadaan yang berlaku. Saya terima dengan hati yang terbuka. Life goes on.

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published.