Berjahit lagi

 

Saya selalu mengingatkan diri sendiri, jangan membazir wang dengan membeli kain. Gunakan apa sahaja kain yang ada, yang murah dan apa saja., janji ada. Tapi malangnya saya tidak pernah menepati janji, lebih lebih lagi saya sendiri menjual kain sebagai part time. Jangan salahkan saya, kerana bisnes part time itulah yang menjerumuskan saya dalam patchwork dan quilting ini. Lol. Alang-alang sudah ada kain, ada mesin jahit.

Jujurnya, saya hanya membuat patchwork menggunakan kain yang saya suka, walaupun agak mahal. Sombongkan, walaupun tahap patchwork saya belum mencapai standard yang hebat. Saya sedia maklum, menjahit patchwork ini pun bukan kerana mahu ia dijual atau di showcase kan, kerana bagi saya setiap projek itu ada kepuasan sendiri.

Ok, selalunya saya rehat berjahit berbulan-bulan, namun kalau dah mula datang inspirasi saya akan berjahit dan buat 2-3 selimut serentak. Gila kan. Kali ni saya nak share tiga quilt saya dah siap buat, satu dah siap manakala dua lagi tunggu jahit batting dan backing. Patchwork pertama tu saya guna pattern dari Midnight Quilt menggunakan kain Tilda manakala mermaid tu menggunakan kain Mendocino Heather Ross. Sekarang ni saya sedang sibuk siapkan projek lain. Saya akan kongsi di sini lain kali ya.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published.