Paris in Winter

 

 

 

Kedatangan saya ke Paris buat kali kedua pada Disember 2017 kerana tugasan. Kami menggunakan feri dari London merentasi laut English Channel ke dermaga di Perancis, sejam lebih dan kemudian menggunakan bas ke Paris yang mengambil masa berjam-jam lamanya. Dalam perjalanan, kami berhenti di sebuah stesen untuk membeli minuman dan ke tandas. Kami tiba di Paris kira-kira 8.30 malam, selepas seharian perjalanan. Letih tak payah nak cakap, macam perlarian. Suhu sejuk, kelaparan dan keletihan tidak cukup tidur betul-betul membuatkan saya takda mood. Kami tidur di Paris selama dua malam, masa terlalu singkat kerana waktu perjalanan yang mengambil masa seharian suntuk. Keesokkan hari, kami ke Eiffel Tour, Notre Dame, The Louvre kemudian ke Galeries Lafayette.

Suhu sejuk yang mencengkam tulang menyebabkan perjalanan kali ini tidak begitu selesa. Apalagi, hujan rintis dan ribut menyebabkan sukar untuk mengambil gambar. Ingin saya nyatakan, winter di Paris tidak sama di London. Di London, suhunya masih okay dan dapat dimaafkan. Di Paris, saya bergegar menahan sejuk. Rasa gembira kerana berada di Paris semasa musim luruh dan musim winter. Love Paris. Saya tidak banyak mengambil gambar, yang ada pun menggunakan kamera iphone 6 plus.

Tapi saya berhasrat untuk datang lagi ke Paris dan bandar lain di Perancis dengan kamera Nikon, mungkin pada musim bunga. Saya sudah menanam impian untuk menyewa apartment kecil di Paris untuk sebulan dua dan menjelajah sambil ambil gambar? Lol.

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published.