Cuti di Singapura

Jika pembaca pernah mengikuti blog saya sekitar 2012 -2013, ini adalah post masa saya ke Singapura. Ya, saya dalam proses memuat semula posting lama-lama tu di blog ni. Sebenarnya, ini adalah kunjungan kali kedua, yang pertama kerana tugasan dan atas jemputan Singapore Tourism Board + Air Asia. Jadi, kali kedua saya menjemput diri sendiri untuk bercuti. Agenda utamanya adalah mandi manda di Infiniti Pool di Marina Bay Sands. Ya, antara swimming pool idaman yang terhebat di dunia. Dari atas tu, kita dapat melihat pemandangan bangunan pencakar langit di Singapura. Sungguh hebat perasaan berada kat atas tu, sukar nak diungkapkan dengan kata-kata. Saya cadangkan mesti cuba mandi di sini at least sekali dalam seumur hidup. Saya tak shopping, cuma makan makan sambil melihat pelbagai gelagat manusia. Sempat juga main di kasino, tetapi tak banyak lah main dalam SG$10 jer, itu pun kalah. LOL. Terima kasih kepada kawan baik saya yang belanja makan dan hotel di Marina Bay Sands!

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published.