Hari tu, ada rakan-rakan di Facebook tanya, apa peralatan yang perlu sebagai seorang penjahit patchwork/quilting. Jadi kali ni aku nak share beberapa kelengkapan asas yang perlu ada. Boleh dikatakan wajib, kerana peralatan ini amat membantu untuk memudahkan hidup anda memulakan hobi ini dengan lancar.
~ Self healing Cutting mat
Ini khas untuk memotong fabrik menggunakan rotary cutter. Saya menggunakan mat jenama Olfa, saiz 18″x24″ sesuai untuk yang baru terjebak dalam hobi ni. Mat ni ada ukuran memudahkan anda mengukur kain. Harga sekitar RM120 – RM150 ke atas jika di Miri.
~ Rotary Cutter
Lagi tajam lagi bagus. Saya menggunakan jenama Olfa 45mm dan Clover. Saya suka Olfa kerana pemegangnya yang mesra pengguna. Harga RM45 – RM95.
~ Ruler
Pembaris memainkan peranan yang cukup penting dalam patchwork. Ia memastikan ukuran fabrik yang dipotong benar-benar tepat. Bukankan patchwork amat mengutamakan ketepatan? Saya menggunakan tiga jenis pembaris dan mahu membeli lebih banyak lagi pada masa masa hadapan. Saya menggunakan pembaris 3″x17″ dan 1″x5″ (Omnigrid) dan frosted Olfa 12″x12″. Saya lebih suka Olfa kerana ia tidak mudah bergerak/stabil semasa memotong fabrik. Harga RM25 hingga RM150 bergantung saiz.
~ Seam ripper
Ini wajib untuk semua tukang jahit sama ada baru atau lama. Dapatkan seam ripper yang tajam. Apa-apa jenama ok, namun saya suka seam ripper Bernina.
~ Benang
Pilih benang cotton yang tahan, mahal sedikit. Benang yang terlalu murah cepat putus selain banyak cebisan yang akan mengotorkan mesin jahit.
~ Pin
Saya guna jarum peniti jenama Clover, tajam dan tidak mudah bengkok. Jarum peniti yang terlalu murah mudah bengkok, berkarat dan tidak tajam.
~ Clip
Ini tidak wajib, namun berguna jika anda menjahit binding atau untuk klip fabrik agar mudah dijahit. Ia juga pilihan jika tidak mahu guna jarum peniti. Saya sentiasa pastikan ini ada dengan jarum peniti semasa menjahit.
~ Marking tool
Ini untuk marking permukaan kain. Tidak wajib namun memudahkan kerja.
~ Gunting
Hanya gunakan gunting fabrik yang tajam dan khas untuk fabrik. Gunting kain jika digunakan pada kertas atau benda lain selain fabrik akan cepat tumpul.
~ Fabrik
Gunakan 100 peratus cotton. Di Miri, kain cotton USA dan Jepun dijual dengan harga RM22 – RM60 semeter. Untuk buat projek selimut, janganlah guna kain yang terlalu murah macam RM7 atau RM3 semeter. Saya akan bincangkan tajuk ini mendalam pada post yang akan datang. Saya suka kain keluaran Rifle Paper Co, Melody Miller (Cotton Steel), Tilda, Tasha Noel, Atsuko Matsuyama, Yuwa, Lecien dan banyak lagi terutama dari Jepun.
~ Seterika
Beli sterika yang benar-benar panas dan mempunyai steam iron. Saya juga buat sendiri iron board kerana iron board yang kita pakai untuk iron baju tu macam tak puas iron.
~ Mesin jahit
Tak perlu yang mahal asal boleh jahit lurus. Saya menggunakan Bernina B380 dan foot 37 untuk jahit seam allowance.
Itu sahaja, barang basic ni hanya perlu beli sekali jer melainkan mesin tu anda nak yang mahal apabila dah pandai 🙂 Saya harap info ni dapat membantu sedikit sebanyak anda yang nak menjebakkan diri dalam hobi ni. Jumpa lagi!