Memori Kota London

Carousel di luar Natural History Museum

pemandangan di luar Natural History Museum

di Buckingham Palace

Big Ben & Palace of Westminster

 

 

Lampu hiasan Krismas

 

window shopping

London Eye dibelakang

Tapestry di Victoria & Albert Museum

 

Natural History Museum

Ada satu kepuasan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata, ketika aku berjalan sendirian di kota London. Dalam hujan renyai dan suhu tidak menentu musim sejuk, aku gagahi langkah dari stesen kereta api ke satu stesen lain. Aku tidak tahu di mana keberanian itu datang, namun aku pernah melakukan perkara ini di Stuttgart, Jerman dan Paris. Secara jujurnya, kembara sendiri banyak membuat aku berfikir mengenai apa yang aku mahukan dalam hidup. Kebebasan. Kebebasan melakukan apa yang aku rasakan perlu, membuat keputusan dari gerak hati yang aku tahu lebih baik daripada perancangan sebenar.

Di London, aku tidak banyak membeli-belah, kerana aku lebih suka shopping online dari rumahku di Miri. Masa yang begitu singkat, aku sempat melawat Victoria & Albert Museum, Natural History Museum, Imperial Collage selain Buckingham Palace, London Eye, River Thames, Tower Bridge dan Harrods. Aku menghabiskan seharian suntuk di kedua-dua tempat, Victoria & Albert Museum dan Natural History Museum, kerana bagiku sukar untuk mendapat peluang untuk melihat sendiri tempat ini. Shopping bila-bila masa pun boleh.

Kembara di London ini juga kukira satu rezeki dan miracle yang tidak terduga. Apa tidaknya, sejak kecil aku mengimpikan untuk datang ke sini, justeru apa bila peluang itu datang, aku terima dengan hati yang penuh gembira dan bersyukur. Aku akan mengingati dan menghargai setiap saat kenangan itu sepanjang hayat. Akhir kata, nothing is impossible!

 

 

 

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published.