Masak Buah Kepayang

Siapa pernah makan buah kepayang atau sekurang-kurangnya kenal buah ni? Buah inilah favourite aku sejak kecil, bijinya diambil untuk dibuat lauk. Ramai yang suka makan buah ni. Perkongsian kali ni untuk anda yang mahu tahu cara proses buah kepayang ni. Kerana tersalah cara boleh mabuk buah kepayang. Ini bukan gurauan ya, memang boleh memabukkan 🙂

Aku dengan bangga nak cerita kat sini, aku membesar tengok pokok ni belakang rumah di Batu Niah. Agaknya kami sebaya kot. Setiap tahun dari dulu sampai ke tua bangka ni, aku tak pernah miss kutip buah kepayang. Kita ambil yang jatuh okay, daun muda boleh dihiris halus-halus untuk pekasam ikan atau daging babi.

Perhatian: Cara buat buah kepayang ni mungkin tak sama dengan orang dan tempat lain. Cara ni emak aku ajar. Harap maklum.

Nah, saya perkenalkan buah kepayang yang baru jatuh.

asal husband ambik gambar confirm blur 🙁

Buah kepayang yang gugur dan berjaya dikutip

Bersihkan biji dalam tu, kemudian rebus seketika. Jangan terlalu lama nanti buah dalam tu lembik. Satu lagi, kalau buah gugur muda, isinya tak sama dengan buah yang tua. Lebih lembut. Saya suka yang keras dan ranggup dimakan. Apa yang penting, jangan lama rebus takut lembik dan tak sedap.

Lepas rebus, buang air tu. Bila dah sejuk, ketuk bahagian atas yang macam ada rekahan tu..bukan ditengah-tengah ya nanti buahnya pecah. Lepas tu pakai sudu atau pisau kecil keluarkan isi.

Lepas tu apa lagi? Boleh makan terus? Tidak. Nanti mabuk kepayang. Buah tadi tu kena rendam lagi dalam baldi atau bekas, isikan air penuh dan ganti setiap dua – tiga hari. Dulu nenek aku rendam di sungai, lagi cepat bahan memabukkan tu hilang. Selalunya aku biarkan lebih seminggu, tengok keadaan buah dan air. Kena tengok selalu ya. Lepas tu buang air tadi dan simpan buah kepayang dalam bekas dan letak dalam bahagian sayur peti sejuk.

Cara masak senang jer, potong kecik buah tu kemudian tumis dengan ikan pusu, cili, belacan sikit, bawang besar dan apa sahaja yang disukai. Ok, selamat mencuba.

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published.