Jahit Embroideri

Aku dan jahitan, berpisah tiada, kan. Selain cross stitch dan patchwork, aku suka embroidery. Jenis embroidery yang simple dan comel la, yang boleh siap dan pattern yang mudah. Bawah ni aku share mula-mula terjebak dengan embroidery.

Nak share beberapa tips berdasarkan pengalaman aku sendiri:

1) Gunakan kain yang benang longgar sikit, macam muslin (gambar atas), kapas, linen. Gambar kat bawah ni, aku pakai kain kanvas, terlalu tebal dan susah untuk di embroideri.

2) Mesti guna jarum embroideri. Tanya dekat kedai jarum dan cari – Crewel, tapestry, chenille atau milliner. Berbeza sikit dengan jarum biasa, lazimnya agak panjang, tajam (ada juga mata bulat) dan lubang benang besar sikit untuk memudahkan benang embroidery masuk.

3) Gunakan marker yang boleh hilang kena air untuk lukis pattern, atau print terus atas fabric. Boleh juga trace guna kertas tracing.

 

Percubaan pertama, fabric terlalu tebal dan benang terlalu rapat. Jarum susah masuk.

Sebahagian koleksi buku embroidery.

Pattern embroidery dicetak atas kain terus.

..tinggal jahit embroidery sahaja.

 

Anda boleh mulakan dengan pattern yang mudah untuk belajar jahitan asas embroidery. Itu sahaja ya, jumpa lagi!

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published.