Jahit Lanyard Fabrik/Tali Gantung Kad Fabrik

 

Hari ni aku nak share cara jahit lanyard atau tali yang kita pakai gantung ID, kad kat leher tu. Projek sangatlah senang, dan banyak cara untuk jahit. Kali ni, aku tunjuk satu cara yang bagiku sangat senang. Lanyard ni boleh dipendekkan untuk buat keychain. Untuk tutorial ni, aku guna 21″ x 4.5″ (gunting dua helai ya kalau pakai kain fat quarter yang saiz 18″x21″ – setengah dari setengah meter tu kalau tak faham apa fat quarter :). tapi kalau pakai meter penuh (bidang penuh) potong memanjang x 4.5″). Ini untuk lanyard saiz kira-kira 1″. Boleh adjust ikut keperluan.

 

 

 

 

 

 

 

Memula, potong kain macam ni, lipatkan dua lebih senang potong. Kemudian lipatkan macam ni, untuk buat lanyard 1″.

 

Lipatkan macam di atas tu., kemudian seterika untuk nampak kemas dan senang dijahit.

Kemudian jahitla macam kat bawah. Jahit kedua-dua belah sisi ya. Saya guna mesin jahit Bernina. Apa-apa mesin pun boleh.

 

Kemudian pasang Swivel Clasps metal kat hujung kain. Kelipkan supaya senang jahit. Jahit lagi.

Viola! Dah siap. Senangkan.

 

Salah satu kegunaan lanyard 🙂

 

Setakat ni dulu ya, kalau ada pertanyaan boleh email. Terima kasih!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published.