Buat Kasam Ensabi

Hari tu masa tak kerja, aku meghabiskan waktu petang merayau-rayau di tamu E-mart Tudan. Ternampak longgokan sayur ensabi, makcik tu jual RM2 seikat. Jadi aku beli 5 ikat, sebab aku nak buat kasam ensabi. Kasam ensabi ni, kalau dibuat kasam dan digoreng dengan pusu hidang +halia + cili dan dihidang dengan nasi panas, boleh tak berhenti-henti makan..hu hu hu. Resepi ni sangat tak sesuai jika anda mahu diet dari nasi. Kali ni, aku nak kongsi cara buat kasam ensabi. Senang jer.

 

Pilih ensabi yang tak terlalu besar, aku lebih suka ensabi kampung (ensabi Iban) macam yang selalu ditanam masa musim bertanam padi tu.

Aku ikut cara indai, ensabi dijemur terlebih dahulu. Aromanya lebih mantap dan sedap kalau jemur. Boleh skip cara ni kalau takda panas atau malas tunggu.

Kalau tak jemur, boleh cuci terus dan potong akar dia tu. Cuci bersih bersih bawah air mengalir ya, takut nanti termakan pasir/tanah. Aku cuci dan bilas berkali-kali just to make sure takda kotoran.

Lepas tu simpan garam kasar (mesti garam kasar yer) dan gula sikit. Kalau masin sangat, takpa nanti boleh cuci time nak masak.

 

lepas tu gaul dan ramas sampai sayur tu lunyai macam ni..

 

Macam tu jer. Kemudian simpan dalam bekas dan letak dalam suhu bilik. Perap sampai daun tu bertukar perang. Boleh simpan cucian air beras atau larutan tepung beras  untuk nak rasa masam dan warna kuning-kekuningan.

Selamat mencuba!

p/s: Kalau tak jumpa ensabi, boleh cuba tanam sendiri atas tanah. Kalau berminat nak tanam, boleh hubungi aku ya.

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published.