The Best Is Yet To Come

6 Julai. Hari ini genap 16 tahun perkahwinanku. Aku bergelar isteri ketika berusia 25 tahun di saat rakan-rakan lain hidup membujang dan bersuka ria, aku sudah memegang tanggungjawab yang maha berat. Kami masih muda dan tidak tahu apa yang menanti di kemudian hari. Kami tiada apa-apa. Kosong. Terlalu banyak dugaan, cabaran jalan berliku. Kami tempuhi bersama. Memulakan keluarga, bukan perkara yang senang apa lagi dalam keadaan serba serbi kekurangan. Kami bukan pasangan yang sempurna, namun saban hari kami berusaha untuk saling lengkap-melengkapi. Sejak sudah ada anak dan kini mempunyai bisness kecil-kecilan, kami terus menyokong sesama sendiri.

Sebagai seorang wartawan yang tidak punyai waktu tetap dan selalu traveling (dulu) aku bertuah kerana mempunyai seorang suami yang memahami dan memberikan sepenuh kepercayaan. Wang boleh dicari, emas boleh dibeli bila-bila masa, namun kasih sayang sejati tiada gantinya. Tidak sabar melihat apa yang menanti kami 16 tahun akan datang.

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published.