Liberty Hello Kitty Checkerboard Quilt

Liberty Hello Kitty Checkerboard Quilt ini antara projek quilt kebanggaan aku. Bukan sahaja ia siap, namun antara quilt yang menjadi penanda aras sebagai seorang quilter yang masih baru dalam bidang ini. Chewaah. Ini merupakan quilt aku yang pertama menggunakan kain Liberty Tana Lawn. Sesuai dengan tema Hello Kitty, aku buat standard saiz kanak-kanak 105cm x 82cm (41″ x 32″). Aku guna blok kain 2.5″x2.5″, batting cotton dan kain backing cotton tana lawn. Satu aku suka tana lawn ni, material dia sangat berkualiti, lembut tetapi tahan. Selepas potong blok kain, aku jahit dengan kain background kaler kelabu, agar kain Liberty Hello Kitty nampak menyerlah. Lepas jahit dan simpan batting + kain belakang (tiga lapis macam sandwich) aku quilt menggunakan mesin jahit domestik. Aku guna quilt guna mesin jahit Bernina B380, quilt lurus jer menggunakan walking foot.

sebahagian kain Liberty Hello Kitty

Kain yang sudah dipotong dan dijahit

susun atur

basting dengan batting dan backing

jadikan 3 lapis macam sandwich

quilting atas menggunakan mesin jahit biasa

lepas quilt, pasang binding

 

Buat masa ni aku belum jual quilt ni, melainkan ada tawaran yang baik.Kawan-kawan, janganlah offer RM150 atau RM80, itu macam insult kerana buat benda ni bukan sejam. Kalau takda orang beli takpa, aku tetap sayang quilt ni pun dan jadikan koleksi peribadi. Terima kasih kerana baca sampai akhir 🙂

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published.