Masak Bakwa aka Pork Jerky

Satu lagi hobi atau bakat (itu pun jika layak digelar berbakat) aku yang kurang terserlah ialah memasak. Tidak dapat disangkal, aku suka mencuba pelbagai makanan baru selain makanan rasmi kegemaranku, pansuh manok. Satu daripadanya ialah bakwa atau pork jerky, yang amat popular di kalangan masyarakat Cina terutama semasa Tahun Baru Cina. Bakwa ni sangat mahal, RM6 – RM10 per 100 gram (kalau di Miri). Maka aku buat kajian sikit dan ubah suai resepi ikut selera rasa sendiri. Kat bawah ni aku kongsi bahan-bahan yang digunakan, maaf yer aku tak pandai bagi sukatan kerana semuanya ikut lidah masing-masing. Bahan-bahan utama semestinya daging minced/kisar, mesti ada lemak untuk umphh. Gaulkan minced tu dengan bahan dan gaul dalam mangkuk sehingga betul betul pekat macam gam. Biarkan semalaman dalam peti ais atau beberapa jam. Lepastu ratakan dalam acuan pizza, jangan tebal sangat dan tikam dalam oven. Alihkan dan panggang lagi sehingga bertukar warna yang dihendaki. Lepas tu sejukkan atas rak, boleh potong dan simpan dalam bekas. Lain kali, boleh panaskan dalam oven.

Bahan-bahan yang digunakan

Bakar menggunakan acuan pizza

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published.