Buat Cross Stitch

Aku terjebak buat hobi cross stitch ni kira-kira 16 tahun lalu, masa tu belum ada mesin jahit, takda Facebook tak da hiburan lain untuk mengisi masa lapang. Sehingga kini, hobi aku ni tak pernah hilang, cuma dah kurang sikit buat sebab takda masa. Ya lah, kalau dah pegang benang, jarum dan kain ni susah nak buat kerja lain, alamatnya kebuluran ler orang di rumah aku..lol

Ni sebahagian design yang sudah siap, maaf yer takda ambil gambar semua yang siap. Saya suka design yang agak primitive dan comel macam kat bawah ni 🙂

 

 

 

Frida Kahlo, antara favourite!

Aku suka buat cross stitch di Starbucks kerana pencahayaan kat sana bagus, lol!

belum siap

antara koleksi yang sudah siap. sebenarnya gambar ni bukan diambil untuk post cross stitch, tapi ni jer yang ada. jadi aku kongsi jer apa yang ada 🙂

Senangnya sentiasa ada hobi kan. Terima kasih ya, jumpa lagi.

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published.