Cara buat tape kain aka fabrik tape

 

Siapa suka fabric tape atau tape kain? Ala yang macam washi tape, cuma ni pakai cebisan kain dan double tape.Cebisan kain lepas habis projek jahitan tu jangan dibuang, sebaliknya boleh guna untuk buat tape macam kat bawah.

Tutorial aku yang pertama ni sangat mudah dan senang, hanya perlu gunting, double tape, kain dan kreativiti.

Cebisan kain sekecil 0.5″ sesuai.

Hanya lekatkan double tape lepas tu trim supaya nampak kemas. Kalau ada gunting pinking shears/zig zag lagi bagus supaya benang kain tu tak keluar.

Kalau pakai kain yang agak besar, boleh buat macam ni. Tips: Tampalkan double tape menyerong dan gunting, cara ni dapat mengurangkan fray aka benang tercabut dan tepi lebih kemas berbanding lurus.

Tadaa….siap sudah. Boleh simpan dan gunakan untuk hiasan bungkusan, hadiah, setem atau deco untuk buku scrap.

Oh yaa, aku suka shopping online dari Jepun, ini antara bungkusan yang diterima. Walaupun aku dah tua bangka, namun suka sangat dapat setem Hello Kitty. Comel kan?

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published.