Buat patchwork

 

Aku sebenarnya suka menjahit, dan projek jahit selimut Elsa Frozen ni merupakan antara projek yang berjaya disiapkan. Aku ada banyak projek, namun ada beberapa jadi projek gajah putih, tak siap-siap. Selimut ni untuk anak abang Tahun 6. Setakat ini, aku berjaya menyiapkan satu selimut dewasa, 6 selimut budak manakala 2 selimut dewasa tidak siap. Kirim salam kerana aku merasakan kecenderungan tidak siap terus amat tinggi.  Mungkin kuota kesabaran dan kerajinan ku hanya untuk selimut budak.

Bagi aku, kain panel macam Frozen ni senang dan cepat disiapkan,berbanding patchwork yang banyak gunting-gunting dan sukat. Tu yang lemah semangat. Lepas tambah kain kiri kanan atas bawah, tambah batting /sponge dan kain belakang dan jahit. Aku suka pakai batting ialah agar selimut tu tahan lama, selesa dan tak payah risau cepat koyak walau cuci berkali-kali. Lepas tu boleh jahit quilt macam kat atas tu.

 

Sekarang agak lama tak buat selimut. Kain ada semua ada tunggu mood ada..lol

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published.