Terima kasih semalam

Gambar kenangan bersama kedua-dua ibu bapa di hadapan Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) lama, Kuching selepas majlis konvokesyen UNIMAS pada tahun 2000.

Ada masanya, kita perlu menoleh ke belakang, mengimbas masa lalu untuk mengukur kekuatan dan melibat betapa jauhnya sudah langkah ke hadapan. Pengalaman masa lalu adalah guru yang paling hebat, untuk menyusun langkah seterusnya. Gambar di atas adalah saat manis dan paling bermakna dalam hidup aku. Tiga tahun sebelum itu, adalah momen yang paling sukar. Pada 1997, aku gagal dalam percintaan, gagal mendapat pekerjaan, gagal melanjutkan pelajaran, gagal mendapat biasiswa/pinjaman PTPTN melanjutkan pelajaran. Namun aku mencuba peluang terakhir dan akhirnya diterima masuk uni. Nak minta PTPTN, JPA, MARA dan apa apa pinjaman pun semua ditolak. Hidup berjauhan keluarga, selalu kelaparan, tiada wang banyak membentuk siapa aku hari ini.

Saat ini, aku berterima kasih di atas kegagalan itu. Meskipun hatiku pernah dihancurkan, dikecewakan, namun itu semalam. Aku tidak akan berjaya seperti hari ini jika aku lemah. Terima kasih semalam, kerana hari ini aku kuat. Kerana kelukaan itulah yang mengajar aku lebih kuat menghadapi hari-hari mendatang.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published.