Kekasih Lama, gembira atau duka?

 

 

 

Aku sebenarnya sudah lama mahu menulis topik berkaitan bekas kekasih lama ini, namun pada masa itu ‘kajian’ belum mencukupi. Aku tidak mahu menulis berdasarkan cerita atau pengalaman orang, lebih baik pengalaman diri sendiri.

 Sebelum ini, aku sudah kongsikan latar belakang kekasih lama yang kukenali pada 1996, (aku menamakannya N). Kami berpisah pada 1997, masing-masing masih remaja. Baru sekali berkelahi terus berpisah. Dia terlalu ego untuk dipujuk, aku tidak penyabar kadang-kala terlalu mendesak. Kami membawa haluan masing-masing. Tahun itu aku meninggalkan Miri. Terkilan, kerana beberapa bulan sebelum berpisah, dia bersama keluargaku meraikan kejayaan keputusan STPM 1996 aku, tidak sangka selepas itu kami berpisah. Aku tidak lagi mencarinya untuk memohon maaf. Sekitar Mac/April, aku melanjutkan pelajaran ke universiti di Kuching.

Tahun-tahun berikutnya, aku sibuk dengan pengajian. Setiap cuti semester, aku pulang ke Miri. Ada sekali, aku bertanyakan khabar dia dengan cousinku yang juga kawannya, dan memberitahu dia sudah berkahwin. Itu sekitar 1999/2000, aku tidak ingat.  Pada 2002, aku bertemu dengan A dan perkenalan itu berakhir dengan perkahwinan.

Pada 2017, aku dan N berhubung dan bertemu semula. Aku takkan cerita bagaimana ia terjadi di sini,  biarlah menjadi misteri dan sejarah. Bagiku pada masa itu tidak salah berhubung jika hanya bertanya khabar. Lagipun kami berpisah bukan kerana kecurangan, tetapi faktor usia pada masa itu.

Aku pun tiada pengalaman menghadapi bekas kekasih, kukira komunikasi itu ok. Selepas pertemuan pertama sesudah 20 tahun tidak bertemu, kami jarang berhubung. Sekali sekali, itu pun sekadar bertanya khabar dan ada juga dia meminta tolong menyelesaikan hal persekolahan anaknya. Aku bantu. Kami terus berhubung sebagai sahabat. Ya, atas nama sahabat. Aku kerap  bertanya dengan diriku sendiri, betul ke tidak tindakan ku terus berhubung dengannya. Lantas aku delete nombor telefon. Cut off terus contact. opppppss, hampir 9 bulan tenang, N menghantar mesej lagi. Ok, aku reply kerana ia berkaitan anak. Kemudian aku delete lagi. Berhubung lagi. Persahabatan itu juga mengheret kami kepada kenangan lama. Aku kembali rasa sedih dan kecewa kerana perpisahan itu, sedangkan perkara itu sudah 20 tahun berlalu.  Sampai ke satu tahap, aku berfikir apa sebenarnya? Kami sahabat, namun perhubungan ini menjerat aku dengan kenangan silam. Setahun lebih, aku memerhati dan memikirkan perkara ini. Aku tidak mahu hidup dalam kenangan. Aku tahu kesannya amat besar. Aku hanya mahu jujur. Jadi aku menasihatkan N bahawa kami tidak boleh berhubung waima sebagai sahabat. Alasanku, persahabatan itu hanya mengembalikan kenangan yang sepatutnya dilupakan.

Jadi aku gariskan antara sebab-sebab tidak boleh reconnect dengan kekasih masa lampau, ini berdasarkan pengalaman aku la sepanjang ‘persahabatan’ itu.

 

  1. Pertemuan semula hanya membibitkan perasaan lama, cinta dan kasih sayang yang tak sepatutnya. Aku akui, berbual dengan N mengembalikan kenangan keindahan zaman remaja, berjalan di pantai, duduk di taman, naik bas bersama, muda dan ceria. Kalau kedua-dua masih single, tak menjadi masalah. Bagi yang berkahwin,  ia mengundang masalah besar. Rasa serba salah. Keliru. Berbaloikan menghancurkan kebahagian hanya kerana ingin kembali kepada kekasih lama?
  2.  Bersatu semula dengan kekasih lampau umpama bermain api, tak kira apa punca berpisah. Aku cuba menyesuaikan diri dengan ‘persahabatan’ itu, namun lama-lama ia menggangu fikiran. Sampai bila mengenang kisah lampau? Buang masa.
  3. Berhubung semula dengan ex tidak akan menyelesaikan apa jua masalah dalam, menambah ada. Itu mencari masalah namanya. Aku dapat rasakan perbezaan jika berhubung atau tiada contact dengan ex. Fikiran  menerawang teringatkan kenangan lama. Hilang fokus sehingga mengaburi realiti. Mengapa masih mahu kecewa dan sedih dengan orang yang sama sepanjang hayat?
  4. Adakah ex itu masih orang yang sama? Sudah tentu tidak. Manusia berubah. Jangan terpedaya dengan imaginasi yang bukan-bukan akhirnya diri merana. Percayalah, ex pun ada masalah sendiri dengan perhubungan terdahulu sebelum bertemu semula dengan kamu. Berfikirlah, mahukah kamu diheret dan terjebak dalam masalah orang lain hanya kerana masih sayang? Jangan terpedaya dengan permainan perasaan.
  5. Eksploitasi dan dipergunakan. Pengalaman mengajar. Manusia akan melakukan apa sahaja untuk memenuhi ego. Know your value.

Itu sebahagian sebab aku pertimbangkan semasa menghantar pesanan terakhir untuk N. Itu semua itu perlu dihentikan demi kebaikan masa depan.

Aku tahu, ada lagi seorang ex yang masih gigih menjejakku lewat media sosial, whatsapp, facebook, twitter sampai sekarang. Hantar whatsaap. Follow aku di Twitter. Jangan tanya kenapa aku tak jawab, kenapa FB aku tak dapat, kenapa tak follow balik di Twitter. No reply is also a reply.

Next, aku mahu melupakan semua yang sudah berlalu dan menganggap apa yang berlaku sebagai pengalaman. Yang lepas biarlah lepas kerana masa kini yang yang lebih penting. Mesti ada hikmah mengapa perhubungan itu tidak terjadi dahulu.

 

 

 

 

 

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published.