Baram Sape Master London 2017

Trip saya ke London pada penghujung November 2017 merupakan undangan daripada Pengerusi dan Penasihat Baram Sape Master yang juga bekas Senator Negara dan rakan lama, Datuk Lihan Jok dan rakan rapat saya, Ketua Masyarakat Orang Ulu Kayan Temenggung Elizabeth Deng. Ia merupakan satu kejutan bagi saya, kerana setelah sekian lama membuat liputan (sejak awal 2000), saya diberi penghormatan untuk mengikuti trip ke London, Paris, Belgium dan Holland. London, sentiasa menjadi negara pujaan saya sejak kecil. Sudah sekian lama saya mengimpikan untuk memijak kaki di sana, dan ia menjadi kenyataan. Bagaikan mimpi. Sebenarnya saya sudah lama tidak keluar dari Miri, Hanoi Vietnam merupakan destinasi terakhir saya, itupun pada 2013 selepas melahirkan Ben pada 2012. Hampir 4 tahun saya memerap diri, sibuk mengurus keluarga, kerja dan perniagaan online. Kesibukan yang menyebabkan kemurungan sehingga saya merasakan hidup tidak lagi berguna. Saya cuba memerangi perasaan sedih (ditambah dengan ayah saya disahkan kanser) dan keinginan untuk keluar dari Miri buat seketika. Halangan dan bermacam rintangan dan tidak cukup rehat  mungkin menyebabkan uban semakin lebat di kepala 🙂 Justeru, apabila rakan baik saya menjemput untuk pergi ke London, saya anggap ia sebagai satu berkat yang amat saya hargai. Saya memang merancang ke London dalam masa tiga tahun dan tidak menjangkakan ia berlaku lebih cepat. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan yang memberikan kepercayaan dan melihat potensi yang ada pada saya, insan biasa yang hanya menjalankan tugas kerana minat mendalam dalam dunia penulisan. Saya kongsikan antara artikel yang saya tulis untuk Baram Sape Master 2017. Terima kasih!

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *