Q&A

Questions & Answers

Peribadi

Bangsa?

Saya berbangsa Iban, namun majoriti orang sekeliling terutama yang baru dikenali ingat saya kaum lain – Cina, Orang Ulu, Jepun. Mungkin kerana mata saya sepet dan warna kulit cerah.

Asal orang mana?

Keluarga saya berasal dari Selangau, namun saya lahir di Batu Niah dan membesar di situ. Namun sejak 1996, saya bersekolah di Miri, bekerja, berkahwin dan beranak-pinak di Miri.

Kerjaya

Apakah pekerjaan?

Saya bekerja sepenuh masa sebagai wartawan sejak tahun 2000, selepas tamat pengajian dalam bidang Komunikasi Massa di Unimas.

Bagaimana boleh berkecimpung dalam kewartawanan?

Saya tertarik untuk menjadi seorang wartawan semasa berada di Tingkatan 2 (1990/1991) selepas membaca artikel wartawan penyiaran dalam sebuah majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) iaitu Dewan Pelajar. Lagi pun saya pada masa itu sudah ada minat membaca surat khabar, majalah, buku dan apa sahaja sehingga botol syampu pun saya baca. Kerana tidak mempunyai wang membeli surat khabar, saya pernah kutip surat khabar yang digunakan membungkus sayur dan keratan akhbar di tong sampah.

Tamat Tingkatan 6 keluarga paksa saya masuk maktab ambil perguruan, namun kepala batu saya tetap mahu menjadi wartawan. Saya ambil jurusan Komunikasi Massa dan berjaya bergraduan. Demikianlah kisahnya.

Kalau tidak menjadi wartawan, apakah pekerjaan?

Saya pernah bercita-cita untuk menjadi ahli farmasi. Tetapi dengan perubahan dunia digital sekarang, saya mahu menjadi digital graphic designer atau pekerjaan berkaitan advertising. Lol.

Minat

Apakah minat saya sebenarnya?

Mengembara, ambil gambar dan menulis.

Selain bekerja sepenuh masa, apa lagi dilakukan?

Saya mempunyai kedai online   yang dilakukan secara part time. Pada masa terluang, saya suka buat cross stitch, embroidery dan patchwork.

Makanan/minuman kegemaran

Pansuh manok. Kopi tanpa krimer.

Negara yang ingin saya lawati

New Zealand dan Canada.

Demikianlah Q&A dari saya. Jika ada pertanyaan boleh email saya di sudana76@gmail.com.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published.