Shopping Kain Liberty London

view dari luar

 

sempat melancarkan tampungseribu.com

 

kiri kanan Liberty, boleh pengsan ha ha

 

corak ni saja yang dibeli

 

sempat selfie, muka tu letih sangat tapi puas

 

Selamat Tahun Baru 2018! Ini merupakan posting pertama pasal kain, itupun sudah berminggu-minggu tak tulis sebab sibuk dengan kerja yang memanjang. Line internet pun slow sangat, aduhai boleh tertidur tunggu. Seperti tajuk post, baru-baru ni saya sempat singgah di Shaukat Fabric di Old Brompton Road, London. Susah juga cari tempat, ye lah pertama kali. Sebenarnya tak susah sangat (sebab dah jumpa kan), berpusing-pusing di area Kensington mencari dalam suhu sejuk dan berjalan seorang, sekejap tanya orang awam sampai si tukang sapu pun ditanya.

Sebenarnya, ini pertama kali saya shopping Liberty London, kalau japanese/usa cotton biasa. First impression saya, kedai ni memang lawa dan memang kedai kain (maksudnya betul betul banyak pilihan). Tapikan, jarang orang yang gila kain ni tak suka kedai kain kan…

Terlalu kain..terlalu banyak pilihan. Setengah jam saya berpusing di aras bawah…tengok semua Liberty di rak..pegang letak..pegang letak. Cantik, tetapi harga £20- £22 semeter buat saya letak baik kain tu. Binggung juga sebab tertalu banyak pilihan sampai mata saya hampir juling.

Saya berada di sana hampir tiga jam..akhirnya saya mencapai corak Liberty apa yang termampu, ye lah beli sikit pakai kenangan, takut balik Miri terkenang-kenang meroyan tak beli 🙂 Saya belanja £45 mcm tu, la takkan jatuh miskin pun saya fikir. Lagi pun saya takda beli barang lain, poket money untuk London ngam £350+..ha ha ha malam tu saya sempat shopping di Harrods dan makan sushi lagi.

Oh ya, sempat juga saya melancarkan kedai online saya Tampungseribu.com, gambar diambil berlatarbelakangkan Tower Bridge. tolong jenguk la ye..satu lagi kedai online saya kat sini https://www.etsy.com/shop/TampungSeribu.

Overall, saya puas hati shopping kat Shaukat, staff bagus, susun atur pun cantik. Kalau ke London, bolehlah datang lagi. Dari segi harga, saya tak dapat komen sangat sebab ini pertama kali beli Liberty London, dalam online saya tengok £18 semeter mcm tu. mahal kan hobi ni 🙂

Ok, biar gambar di atas berbicara, salam kain!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *