Schweine Museum

 

 

Caption Gambar: Gambar-gambar luar dan dalam Schweine Museum 

Schweine (sebutan Swine) Museum atau Pig Museum yang terletak di Schlachthofstrasse, Stuttgart merupakan muzium babi yang terbesar di dunia, menghimpunkan 40,000 koleksi yang diabadikan dalam 28 bilik tema.

Namun saya rasa muzium ini tidak begitu terkenal berbanding muzium-muzium lain yang terdapat di Stuttgart. Saya mendapat tahu kewujudan muzium ini pun disebabkan sesat ketika mencari stesen kereta api untuk pulang ke Asperg. Semasa mendapatkan bantuan di pusat pelancongan, di situlah saya terjumpa risalah dan peta mengenai muzium tersebut.

Saya hanya ada dua hari lagi sebelum pulang ke Malaysia. Jadi keesokkan hari, saya pun merancang pergi ke Schweine Museum, Neckar Park dan Wilhelma dalam tempoh  satu hari.

Untuk ke muzium, dari stesen kereta api di Stuttgart (Arnulf-Klett) saya mengambil tram bewarna kuning di laluan U9 menuju ke Hedelfingen. Berpeluh juga saya explain dengan pemandu tram (masa beli tiket) sebab dia tak faham bahasa Inggeris walau sepatah kata. Saya tak salahkan dia, sebab bahasa Jerman saya pun bunyi pelik semacam. Nasiblah ada penumpang yang tolong explain baru. Saya terlupa ada bawa peta, tapi simpan dalam beg tak ingat keluar.

Saya kemudian turun di Stuttgarter Schlachthof. Saya ingat muzium tu depan mata, rupa-rupanya kena jalan lagi, ertinya cari jalan. Tapi kali ini saya dah keluarkan peta, senang sikit nak tanya penduduk tempatan. Tanya beberapa orang, tapi penjelasan tak berapa faham. Sornag tunjuk kanan, sorang tunjuk kiri, saya jalan pun tak betul. Akhirnya saya ikut gerak hati sendiri baru jumpa.

First impression saya,  muzium ini tidaklah besar sangat, nampak biasa dari luar. Namun reka bentuk dalamnya menarik, setiap ruang muzium ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperingati babi. Selepas membayar tiket sebanyak €4.90, saya pun memulakan lawatan sambil belajar saya. Dari hiasan pintu, dinding, tangga bahkan siling semuanya ada objek babi.

Ada tiga orang warga emas turut bersama saya pada masa itu. Saya bukan sahaja senyum melihat pelbagai patung babi yang dibuat dalam ratusan ekpresi, namun hati saya tercuit melihat mereka ketawa terutama semasa berada di bilik pornografi babi. Ha ha ha, saya ada gambar tapi tak boleh disiarkan.

Hasil lawatan ini, barulah saya tahu babi sudah lama menjadi kegunaan domestik iaitu sejak 9,000 tahun lampau dengan bukti penemuan penggunaan terawal di tenggara Turki. Cuba teka, negara pengeluar tertinggi di dunia ini? Bukan Jerman, tetapi China dengan 50 peratus keluaran seluruh dunia. Dan hanya seekor populasi babi di Afghanistan, itupun dalam Zoo Kabul.

Dengan keluasan 800 meter persegi, muzium ini saya anggap luar biasa kerana terlalu banyak exhibit yang saya tidak tahu dari masa mereka kumpul. Bayangkan dalam satu bilik, terdapat 2,000 tabung duit babi. Saya berpuas hati kerana maklumat yang disediakan dalam bahasa Jerman dan English.

Bahagian yang saya suka ialah carta negara yang paling tinggi memakan babi ialah..1) Austria 2)Sepanyol  3) Serbia diikuti 4)Jerman. Selesai sahaja menjelajah muzium setinggi tiga tingkat (kalau tak silap) saya pun berasa lapar dan haus. Saya kemudian turun semula ke bawah dan menikmati hidangan di Willi Sauglatt, saya dah lupa nama hidangan tu tapi memang sedaplah… Bagi saya, muzium ni bukan dalam senarai lima tempat yang harus dikunjungi di Stuttgart, namun saya seronok berada di situ. Sekurang-kurangnya saya mempelajari sesuatu yang baru dan tidak pernah terlintas di fikiran sebelum ini. Saya gembira kerana meninggalkan jejak di situ!

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *