Hello Selamat Datang

Hai, nama saya Sudan (sebut seperti Sudan negara Afrika), berbangsa Iban dan menetap di Miri. Blog ini merupakan platform kepada saya untuk berkongsi apa sahaja; kembara, hobi, aktiviti semasa dan pandangan mengenai perkara tertentu. Jika tidak bekerja (sebagai wartawan), saya lebih gemar menghabiskan masa dengan menjahit, mempelajari kemahiran baru (juga menjahit), menonton filem, memasak dan sudah tentu minum di Starbucks sambil menjahit 🙂

Jika anda pernah mengikuti blog saya yang sebelum ini (sekitar 2010 – 2012), mungkin anda masih ingat beberapa coretan kembara di Eropah, Singapura, Bali (Indonesia), Hanoi (Vietnam) dan Kalimantan (Indonesia). Saya masih dalam proses memuat turun semula posting berkenaan, maaf ya kesibukan kerja, menguruskan keluarga dan bisnes online membuatkan waktu saya benar-bernar terhad. Posting sudah ada, tetapi gambar kena cari di merata-rata drive komputer dan laptop.

Saya ucapkan terima kasih kepada anda semua, yang pernah mengikuti blog lama dan membaca tulisan saya, dan kepada pembaca yang baru saya ucapkan selamat berkenalan! Sokongan anda amat dihargai dan terima kasih sekali lagi dari segenap hati saya!

 

salam sayang, Sudan

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *